2 Mei 2011

SELAMAT HARI PEKERJA 2011

1 mei setiap tahun seluruh pekerja di dunia akan meraikan hari pekerja.Namun setiap negara mempunyai cara yang tersendiri dalam menyambutnya. Di Malaysia misalnya, sambutannya sangat tenang dan tenteram dan individu yang bergelar pekerja, akan menghabiskan cuti umum mereka dengan berkelah di pantai, water fall, atau ramai juga yang pulang ke kampung halaman masing2. senario ini sangat berbeza di negara barat yang seringkali kerap tercetus mogok dan rapat umum membantah penindasan oleh majikan atau kerajaan

Terdapat juga negara yang menyambut hari pekerja ini dengan melakukan perarakan beramai2 dan mempamerkan sepanduk menyatakan penghayatan mereka tentang tarikh tersebut. Bagi sesetengah negara, sambutan Hari Pekerja dibuat penuh meriah dengan perarakan dan mempamerkan sepanduk menyatakan penghayatan mereka terhadap tarikh itu dan pada seluruh peringkat memainkan peranan masing-masing. Bahang kemeriahan itu juga amat dirasakan kerana ia dibuat sepanjang hari. Bagaimanapun, tidak dinafikan sambutan mereka ada kalanya keterlaluan sehingga menimbulkan huru-hara dan kacau-bilau menerusi demonstrasi atau berpiket, di luar kawalan.

Ini berlaku kerana mereka beranggapan pada masa itu adalah waktu paling tepat untuk membangkitkan sebarang agenda, tuntutan serta isu yang tidak mendapat perhatian daripada kerajaan.Semua pemimpin pada setiap peringkat akan berucap menyatakan ketidakpuasan hati masing-masing terhadap majikan dan kerajaan. Malah hubungan antara pekerja dan majikan serta kerajaan tidak begitu baik.

Justeru, Hari Pekerja digunakan peluang sepenuhnya meluahkan segala tuntutan mereka dengan lebih agresif. Malah sambutan mereka dilakukan oleh pekerja saja tanpa penyertaan daripada pihak kerajaan. Namun begitu, Malaysia beruntung kerana sambutan kita dilakukan dengan aman dengan mempamerkan budaya yang terbaik. Pemimpin kesatuan sekerja juga boleh bekerjasama dengan kerajaan.

Jalinan kemesraan antara pekerja, majikan dan kerajaan dapat dilihat dengan sempurna.Semua tuntutan diadakan dengan perbincangan dan rundingan secara baik antara kerajaan dan pekerja. Ini menunjukkan kelainan dan keunikan tersendiri. Kita mulakan sambutan dengan budaya kita sendiri dan tidak terikut-ikut cara negara Barat yang nampak seperti tidak bertamadun.

Tahniah di ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa bersikap rasional setiap dalam situasi yang melanda bumi Malaysia ini.. 


 

Tiada ulasan: