29 Sep 2010

SALAM AIDILFITRI...

Assalamualaikum wth..

Syukur kehadrat Ilahi kita sama2 telah menyambut hari raya aidilfitri pada 10 september 2010 yang lalu.Apa makna Aidilfitri pada anda semua? sesetengah orang melihat Aidilfitri itu satu kemenangan setelah menahan segala nafsu dan mengumpul amalan2 kebaikan pada malam hari. Ada pula yang menyambut Aidilfitri dengan perasaan yang gembira bukan lah kerana kemenangan berjuang dengan hawa nafsu, tetapi kerana telah habis merasa siksa dengan bulan untuk menahan makan dan minum pada waktu siangnya. Golongan yang sebegini ada kemungkinannya hanya berpuasa tetapi ibadat wajib yang lain seperti solat fardhu tidak dilaksanakan. Apa faedahnya berpuasa? Bukan sahaja tidak mendapat pahala, malahan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga.

kadang2 tu rasa kesian pada golongan yang sebegini, kerana mereka tidak pernah faham apa itu makna berpuasa yang sebenarnya.Ada juga terniat dihati ni nak menegur supaya mereka sama2 mendapat manfaat berpuasa, namun..takut disalah ertikan..yelah, kebiasaannya orng2 yg sering berpaling apabila diberikan nasihat kebaikan ini, akan berkata "ala..apa awak peduli, kubur lain2"...namun sebenarnya disebalik kata2 mereka itu, mereka tidak mengerti apa yang mereka ucapkan..maksud saya, memag benar kubur kita xkan sama, atau kita tidak akan ditanamkan dalam satu liang lahad, tp..harus diingat, barangsiapa yang membiarkan kemungkaran berlaku didepan matanya tanpa berbuat apa2, atau redha dengan kemungkaran tersebut :

Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya manusia apabila melihat kezaliman dan mereka tidak mencegahnya, maka Allah akan menimpakan azabNya kpd mereka semua.””[HR Abu Daud]

Jadi, kesimpulannya, kalau kubur saya disebelah mereka pun, saya tetap merasa azab siksa kerana kelalaian saya untuk membiarkan mereka melakukan mungkar..Oleh itu bersandarkan hadith diatas, jika kita semua takut dengan azab Allah di alam kubur kelak, tegurlah rakan2 kita dengan cara yang berhemah...

Alhamdulillah..hari raya tahun ni, amat bermakna dalam hidup saya....kenapa?? emm,,,rasanya xsesuai untuk saya kongsikan di ruangan blog ini...biar Allah sahaja yang tahu...dan terima kaseh TUHAN...kerana memberikan aku merasai nikmat bahagia ini...sesungguhnya ENGKAU lah yang MAHA penyayang....

kepada kawan2 blogger, Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin.....