26 Okt 2009

Benarlah kata Sidia...

Setiap manusia pasti mempunyai ujian hidup di dunia ini. Samaada ianya kecil atau besar, ianya tetap dipanggil ujian.Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak ianya menjadikan manusia lebih lasak dalam menggalas bebanan kehidupan duniawi.Namun, alangkah malangnya jika seseorng manusia itu hanya mengeluh dengan kesusahan atau kesulitan yang menimpanya. Sedih sekali rasanya apabila hati tidak menyedari setiap ujian yang diterima itu adalah tanda kasih sayang SANG PENCIPTA yang maha AGUNG...

Kadang kala ada yang merintih, mengenang nasib diri dan lebih parah lagi apabila ada yang sanggup menyalahkan Allah s.w.t..Nauzubillah...Hidup ini kadang kala perlu dipandang dari perspektif yang berbeza-beza. Bukan Allah tidak kasih apabila menurunkan satu ujian kepada hambaNYA..tetapi kita yang gagal melihat dengan mata hati akan hikmah disebaliknya.

Allah berfirman didalam surah Al-Anbiyaa' maksudnya:

Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; Dan kepada kamilah kamu semua akan dikembalikan [Al-Anbiyaa';ayat 35]

Seringkali kita melihat ujian hanyalah dikaitkan dengan kepayahan, keperitan dan kesusahan. Pernahkah kita terfikir, ujian juga didatangkan dalam bentuk kesenangan samaada berupa kesihatan, kemewahan, kelapangan masa, hiburan dan sebagainya.

Benarlah kata seorng teman saya, "saya lihat para ustaz, penceramah2 agama seringkali melaungkan tazkirah  sabar ketika menerima ujian, cara @ kaedah bagi mengukuhkan keimanan, tp pernah ke dorang rasa sendiri bagaimana beratnya ujian tuhan itu?"...

Terpana sejenak saya dengan kata-katanya..

Memang ada benarnya..mudah bagi kita untuk memutarkan kata-kata, tapi sangat sukar untuk melaksanakannya, atau ada yang berkata teorinya 'kacang', praktikalnya 'hampeh'. Ramai antara dikalangan kita apabila berada didalam keadaan tenang tanpa ujian merasakan dirinya seorng yang tabah, dan kononnya kita memiliki jiwa yang tenang dan sabar, namun apabila diuji oleh Allah, nah! barulah kita ketahui bukan mudah untuk melawan nafsu amarah, jiwa yang bergelora...dan kekeliruan dlm mengenalpasti samaada apa yang terdetik dalam hati merupakan bisikan dari lubuk hati atau dari syaitan yang ingin menyesatkan kita.

Namun begitu, sebagai manusia kita seharusnya mempunyai sifat 'hamba' di dalam hati. Hamba yang dimaksudkan disini ialah, memahami tanggung jawab seorang hamba kepada tuannya. Mengenangbudi tuannya yang sentiasa memberikan nikmat kesihatan, kelapangan masa, makan & minum yang baik dan sebagainya. Bilamana sifat 'ubud' ini berada didalam hati, kita akan merasa malu untuk melakukan sesuatu yang menyakiti Allah s.w.t. lalu apabila berhadapan dengan ujian berupa kenikmatan duniawi, dengan keizinannya, iman akan menepis dr dirosakkan.

Dan ingatlah...

".....Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
 (al-baqarah:286)

Nukilan
-Haqiiru IlaLLAH-


17 Sep 2009

Sabar Itu Indah

Menghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlaq orng-org mulia.Mereka menghadapi kesulitan hidup dengan berlapang dada, tidak mudah menyerah, serta penuh kepercayaan diri. Kerana itu, jika tidak sabar, apa lagi yang boleh kita lakukan?
Apakah anda mempunyai penyelesaian lain selain dari bersabar? Dan apakah anda mengetahui senjata lain drpd kesabaran utk menghadapi persoalan hidup?
Bersabarlah! akan tetapi, ketahuilah bahawa anda tidak mampu bersikap sabar, kecuali atas pertolongan dan taufiq dari Allah. Bersabarlah sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya pertolongan Allah, orng yang tahu akan sebaik-baik tempat kembali, orng yang mengharapkan pahala, dan orng yang mengharapkan terhapusnya dosa. Bersabarlah, meskipun anda menghadapi berbagai persoalan hidup dan menghalangi jalan yang anda tempuhi. Sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan...