1 Jan 2012

ahlan wasahlan 2012.

patutnya, dari semalam lagi aku dah kene post catatan ni, tapi dek kerana semalam kami sekeluarga keluar shoping n makan2 kat luar, then sampai rumah pun dah pukul 11pm, so mmg la penat xterkira. tepat pukul 12.01am bunyi dentunam bunga api membingitkan suasana malam tahun baru. aku sempat menjengah ke luar melalui tingkap di bilik tidur ku, meriah betul...macam2 warna ada..hmmm, dalam hati aku berdoa, "Ya Allah, aku tiada azam baru, melainkan aku selalu ingin dipandu/ dipimpin oleh MU ya Allah..." kita hanya makhluk yang sangat lemah. jangan sekali-kali kita rasakan apa yang kita capai, dan perolehi, adalah usaha sendiri, Ingat ada kuasa yang menggerakkan hati kita untuk ber istiqamah dalam melaksanakn sesuatu sehingga berjaya, ada suatu kuasa yang menghindarkan segala macam penyakit hinggap ditubuh kita, dan setiap pergerakkan kita walau hanya menggerakkan kelopak mata sekalipun, ada satu kuasa yang mengizinkannya terjadi. dan kuasa itu adalah dari Allah Yang Maha Esa.

Hari ini, aku bersyukur, masih diberikan nafas, masih diberikan Hidayah, masih diberikan kesihatan, masih diberikan pelbagai nikmat MU..dan jadikanlah aku manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain..jangan kau jadikan diri ini untuk disia-siakan hidupnya di atas muka bumi mu ini..aminnn.....

Setitis Ujian..


Maha suci Allah yang Maha berkuasa atas setiap makhluknya. kejadian banjir di kajang pada 2/12/2011 membuktikan satu lagi bencana alam yang terburuk pernah belaku di bumi Malaysia selain dari kejadian Tsunami dan Tanah runtuh. Fenomina ini mungkin sesuatu yang dasyat atau menakutkan kepada penduduk Malaysia khususnya, namun bagi warga asing seperti bangladesh, nepal, myanmar, ianya dipandang satu fenomena biasa.

bukannya kita tidak pernah lihat bencana alam yang lebih dasyat dari banjir di kajang ini, cuma yang kita lihat itu bukannya berlaku dihadapan mata, tapi hanya sebagai laporan di kaca televisyen, bahkan musibah itu berlaku jauh beribu2 batu dari bumi Malaysia. Gambaran yang dipaparkan, bagai angin lalu, tiada kesan dihati. Astagfirullah...berdosanya diri ini...xpernah mau jadikan ianya iktibar untuk diri sendiri supaya lebih dekat dengan Mu ya Allah...Tiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya..dan ianya suatu petanda agar kita dapat berfikir akan kekuasaanNYA..