4 Nov 2011

Percutian ke Pangkor..

Pada 29/10/2011 saya,suami dan anak telah berada di Teluk Dalm Resort. suami saya telah merancang tentang percutian ini sejak awal bulan ogos lalu.Tiketnya dibeli di matta fair.suami saya mmg suka travel dan suka aktiviti outdoor.sejak kawen,saya dah mula terikut2 dgn hobi suami..kiranya dah jd hobi baru saya pulak...;).saya igin berkongsi dengan rakan2 blog tentg percutian kali ini. kami bertolak seawal jam 8 pagi dan terpaksa singgah di klinik yg berhampiran dgn rumah, sebab my daughter get flue, dan saya pula asyik batuk sejak semalm..then after see the doctor, kami teruskan perjalan menuju ke destinasi percutian. kami melalui jalan lebuhraya baru (LATAR)yang mengambil masa 4jam dari kuala selangor.cuaca pada hari ini cerah dan sgt baik.perut mula terasa lapar bila menjelang tengahari, dan kami singgah mkn di gerai disekitar kuala selangor. pada pukul 1.45pm kami sampai di bandar lumut.di sana kami 'simpan' kereta di tempst parking kereta di jeti lumut. untuk naik feri, mesti beli tiket terlebih dahulu di kaunter tiket lumut. harga tiket berlainan mengikut destinasi masing2. trip kali ni mmg best, sebab kami akan menginap di dua buah hotel yg berlainan, sabtu malam, di teluk dalam beach resort, dan malam kedua di puteri bayu beach resort. kami terpaksa menaiki feri ke jeti p.pangkor, kerana feri ke jeti teluk dalam baru saja bergerak.jika kami ingin menuju terus ke jeti teluk dalam, kami terpksa menunggu trip seterusnya pd pukul 3.45pm. tapi jika kami pilih utk turun di jeti p.pangkor, kami terpaksa menaiki teksi untuk sampai ke teluk dalam resort.oleh kerana  xmahu menunggu lama, so husband buat keputusan utk trus naik feri ke p.pangkor.untuk makluman kawan2 blog, kalo nk cepat smpai ke teluk dalam, anda boleh beli tiket dari jeti lumut terus ke jeti teluk dalam, xperlu pergi jeti pangkor dahulu.oh ya, lupe nk bagitau,harga tiket feri ialah rm20.00.okey, sampai je di jeti pangkor, kami bergegas mencari teksi ke menuju ke teluk dalam resort.perjalan dari jeti mengambil masa lebih kurang 15minit.sesampainye di destinasi yang dituju, saya begitu teruja melihat pemandangan indah di sekitar resort ini..mmg cantik...penginapan di sini merupakan sebuah chalet begitu menambat hati. bilik kami benombor 450 agak jauh kebelakang dari pemandangan pantai, so view bilik kami xberape menarik la..kalo anda boleh request tuk bilik mengadap laut, lagi canteekkk...

Aktiviti kami pada hari pertama,di pulau pangkor ni kurang menyeronokkan, sebab chalet teluk dalam ni sememangnya jauh dari kedai2 cenderahati atau pun gerai2 makan.so,husband dan anak saya hanya melakukan aktiviti wajib sahaja, iaitu MANDI KOLAM...saya pula asyik dengan blogging...hehe..mest korang semua tertanya2, kalo xde kedai makan, kat mane kiteorang makn?haaaaa...jangan risau, chalet ni, ade sediakan makanan..so kat situ lah kami makan, cume pilihan makanan xbanyak la..actually, kalo korang nak sewa motor atau kereta tuk pusing2 dalam p.pangkor ni, boleh juga, harganya kalo kereta, dalam rm50 satu hari, motor pulak rm25-rm30. memandangkan kami sampai ke resort tu dah lewat, so rugi rasenya kalo kam sewa kenderaan, just naik teksi dari jeti pangkor trus ke teluk dalam resort. tambang teksi rm20.00

Pada 30/10/2011 iaitu keesokkannya, kami check out dan teruskan perjlanan ke penginapan kedua kami iaitu Puteri Bayu Beach Resort..resort ni mmg sagat happening...waktu kami sampai kat sane,ramai orng di lobi dengan urusan masing2. banyak kemudahan disekitar resort ni, ada gerai ikan bakar, kedai runcit, kedai cenderahati dan macam2 lagi.lokasi lunch kami di gerai ikan bakar di belakang resort ini.lepas makan, kami sewa motorsikal untuk meronda2 disekeliling pulau. kami singgah di pantai nipah tuk minum petng. kt pntai nipah ni mmg byk gerai2 mkn di sepnjg jln..so mmg best sgt bila menikmati pisang goreng panas dan ABC sambil menghirup udara pantai yg segar..saya sempat singgah di sebuah kedai cenderamata disitu utk mmbeli cenderahati untk teman2 rapat.Pada sebelah malam pula, kami tidak keluar meronda2 kerana hujan.Suami saya mncadangkan untuk berkaraoke, dengan bayaran RM40 perjam, saya, suami dan anak mula lah aktiviti menyumbangkan suara yang sumbang..lebih2 lagi anak saya tu, ntah ape yang die nyanyi saya sndri xpham..huhu..apepun, kami hepi bersama...
Isnin 31/10/2011, selepas sarapan pagi, suami dan anak saya trus terjun ke kolam renang, saya pula sibuk mengemas beg untuk berangkat balik sebentar nnti. selepas beberapa keping gambar di pantai, pada pukul 11.15am kami bertolak pulang ke kl..erm...setiap pecutian mmg ada kenangannya..tapi kali ni agak kurang best, sebab saya batuk2 di sana, dan cuaca yang x mnentu, membataskan kami untuk melakukan sbarang aktiviti...kepada kawan2 yang nak bercuti di Pulau Pangkor, saya cadangkan menginap di Puteri Bayu Beach Resort atau Sandy Beach Resort kerana chaletnya mengadap ke arah laut, dan banyak kemudahan disekitarnya....

2 Mei 2011

SELAMAT HARI PEKERJA 2011

1 mei setiap tahun seluruh pekerja di dunia akan meraikan hari pekerja.Namun setiap negara mempunyai cara yang tersendiri dalam menyambutnya. Di Malaysia misalnya, sambutannya sangat tenang dan tenteram dan individu yang bergelar pekerja, akan menghabiskan cuti umum mereka dengan berkelah di pantai, water fall, atau ramai juga yang pulang ke kampung halaman masing2. senario ini sangat berbeza di negara barat yang seringkali kerap tercetus mogok dan rapat umum membantah penindasan oleh majikan atau kerajaan

Terdapat juga negara yang menyambut hari pekerja ini dengan melakukan perarakan beramai2 dan mempamerkan sepanduk menyatakan penghayatan mereka tentang tarikh tersebut. Bagi sesetengah negara, sambutan Hari Pekerja dibuat penuh meriah dengan perarakan dan mempamerkan sepanduk menyatakan penghayatan mereka terhadap tarikh itu dan pada seluruh peringkat memainkan peranan masing-masing. Bahang kemeriahan itu juga amat dirasakan kerana ia dibuat sepanjang hari. Bagaimanapun, tidak dinafikan sambutan mereka ada kalanya keterlaluan sehingga menimbulkan huru-hara dan kacau-bilau menerusi demonstrasi atau berpiket, di luar kawalan.

Ini berlaku kerana mereka beranggapan pada masa itu adalah waktu paling tepat untuk membangkitkan sebarang agenda, tuntutan serta isu yang tidak mendapat perhatian daripada kerajaan.Semua pemimpin pada setiap peringkat akan berucap menyatakan ketidakpuasan hati masing-masing terhadap majikan dan kerajaan. Malah hubungan antara pekerja dan majikan serta kerajaan tidak begitu baik.

Justeru, Hari Pekerja digunakan peluang sepenuhnya meluahkan segala tuntutan mereka dengan lebih agresif. Malah sambutan mereka dilakukan oleh pekerja saja tanpa penyertaan daripada pihak kerajaan. Namun begitu, Malaysia beruntung kerana sambutan kita dilakukan dengan aman dengan mempamerkan budaya yang terbaik. Pemimpin kesatuan sekerja juga boleh bekerjasama dengan kerajaan.

Jalinan kemesraan antara pekerja, majikan dan kerajaan dapat dilihat dengan sempurna.Semua tuntutan diadakan dengan perbincangan dan rundingan secara baik antara kerajaan dan pekerja. Ini menunjukkan kelainan dan keunikan tersendiri. Kita mulakan sambutan dengan budaya kita sendiri dan tidak terikut-ikut cara negara Barat yang nampak seperti tidak bertamadun.

Tahniah di ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa bersikap rasional setiap dalam situasi yang melanda bumi Malaysia ini.. 


 

20 Mac 2011

HIJRAH HIDUPKU

Assalamualaikum w.t.h..

Dah lama sangat rasenye aku tinggalkan blog ni..hidup terlalu busy dengan kelas, kerja, dan sekarang ade tanggung jawab baru yang perlu di pikul. Malah ianya amatlah berat..iaitu menjadi ISTERI YANG TAAT pada suami yang tersayang..Namun niat di hati untuk terus mencoretkan diari hidup di sini xpernah putus...

Hari ni 19 mac 2011, da sebulan lebih aku menjadi isteri kepada muhamad faizal bin shamshuddin..syukur pada Allah kerana memberikan nikmat kebahagian ini.Namun aku sentiasa beringat dan berwaspada, langit xselalu cerah..begitu juga dengan hidup ini, xselalunya indah belaka. doaku agar ujian yang mendatang dapat ku tempuh dengan bijak dan tenang.. "Allah maha penyayang, dan maha mengetahui sejauh mana keupayaan hamba-hambaNYA menerima ujian dariNYA." itulah muhasabah yang sentiasa ku pegang.

Di dalam surah al-Mulk, ALLAH menyatakan bahawa Dia menciptakan hidup dan mati untuk menguji manusia siapakah di kalangan manusia paling baik amalnya. Dalam hidup manusia menghadapi pelbagai bentuk ujian sama ada dalam bentuk musibah/kesusahan dan juga ujian dalam bentuk kesenangan/kemewahan. Seringkali apabila manusia diuji dengan musibah mereka keluh kesah dan merana. Tapi ketahuilah bahawa di sebalik musbah itu ada hikmah yang sangat besar.

Memegang status isteri menjadikan aku terasa semakin tenang, dan matang dalam hidup ini. rutin harian pun semakin padat. seawal 6 pagi aku perlu bangun utk ke tempat kerja dan selepas office hour tamat, terus aku menuju ke tempat kuliah ku..10.30 malam baru dapat jumpe hubby di rumah..rasa kesian meluap2 bila melihat suamiku terlentang di ruang televisyen melayan siaran tv berseorangan..rasa syukur xterhingga kerana suami sentiasa memahami rutinku. lepas isya', kene iron baju dulu, tgk buku jap smbil sembang2 dengan suami. soalan wajib yang akan ku tanya ialah, "abang diner ape td"? aku ingat lagi, waktu awal2 kawin, mujurla waktu tu aku masih dalam cuti semester, so, tiap2 hari lpas baik kerja, terus aku masuk dapur tuk sediakan makan malam untuk suami...dia mmg suka sangat la..maklumla..balik umah da ada hidangan atas meja..tp bila smester baru bermula, makan malam suami ku hanya di kedai restoran jalanan, kadang2 meggie..aduh kesiannn...so untuk "mengqada'kan" semula, setiap weekend aku akan masak..xkira breakfast, lunch atau diner...hati berbunga2 bila suami tersenyum puas menikmati setiap hidangan ku. ehehe...

Apabila seorang wanita itu taat kepada setiap perintah suaminya yang tidak bertentangan dengan syara', Allah telah menjanjikan syurga untuknya. kalau dilihat pada ayat ini, rasa mudah sangat..kalau semua wanita dikurniakan suami yang alim dan warak, sudah pasti jalan untuk kesyurga itu menjadi sangat mudah. tapi bagaimana agaknya jika dapat suami yang ilmu agamanya suam2 kuku...tambah pulak isterinya yang 100% mengharapkan  bimbingan dr suami..bagaimana nak didik anak2 yang merupakan amanah Allah? Hanya hidayah Allah yang mampu membantu mereka.

okey lah, jam pun da menunjukkan pukul 2.16 pagi. Mata da mula rasa berat, rasanya cukuplah setakat ini perkongsian untuk hari ini..jom sama-sama kita hayati lagu dari afgan. sungguh menyentuh hati. buat rakan2 blog, doakan untuk kebahagian kami..:)