20 Mac 2011

HIJRAH HIDUPKU

Assalamualaikum w.t.h..

Dah lama sangat rasenye aku tinggalkan blog ni..hidup terlalu busy dengan kelas, kerja, dan sekarang ade tanggung jawab baru yang perlu di pikul. Malah ianya amatlah berat..iaitu menjadi ISTERI YANG TAAT pada suami yang tersayang..Namun niat di hati untuk terus mencoretkan diari hidup di sini xpernah putus...

Hari ni 19 mac 2011, da sebulan lebih aku menjadi isteri kepada muhamad faizal bin shamshuddin..syukur pada Allah kerana memberikan nikmat kebahagian ini.Namun aku sentiasa beringat dan berwaspada, langit xselalu cerah..begitu juga dengan hidup ini, xselalunya indah belaka. doaku agar ujian yang mendatang dapat ku tempuh dengan bijak dan tenang.. "Allah maha penyayang, dan maha mengetahui sejauh mana keupayaan hamba-hambaNYA menerima ujian dariNYA." itulah muhasabah yang sentiasa ku pegang.

Di dalam surah al-Mulk, ALLAH menyatakan bahawa Dia menciptakan hidup dan mati untuk menguji manusia siapakah di kalangan manusia paling baik amalnya. Dalam hidup manusia menghadapi pelbagai bentuk ujian sama ada dalam bentuk musibah/kesusahan dan juga ujian dalam bentuk kesenangan/kemewahan. Seringkali apabila manusia diuji dengan musibah mereka keluh kesah dan merana. Tapi ketahuilah bahawa di sebalik musbah itu ada hikmah yang sangat besar.

Memegang status isteri menjadikan aku terasa semakin tenang, dan matang dalam hidup ini. rutin harian pun semakin padat. seawal 6 pagi aku perlu bangun utk ke tempat kerja dan selepas office hour tamat, terus aku menuju ke tempat kuliah ku..10.30 malam baru dapat jumpe hubby di rumah..rasa kesian meluap2 bila melihat suamiku terlentang di ruang televisyen melayan siaran tv berseorangan..rasa syukur xterhingga kerana suami sentiasa memahami rutinku. lepas isya', kene iron baju dulu, tgk buku jap smbil sembang2 dengan suami. soalan wajib yang akan ku tanya ialah, "abang diner ape td"? aku ingat lagi, waktu awal2 kawin, mujurla waktu tu aku masih dalam cuti semester, so, tiap2 hari lpas baik kerja, terus aku masuk dapur tuk sediakan makan malam untuk suami...dia mmg suka sangat la..maklumla..balik umah da ada hidangan atas meja..tp bila smester baru bermula, makan malam suami ku hanya di kedai restoran jalanan, kadang2 meggie..aduh kesiannn...so untuk "mengqada'kan" semula, setiap weekend aku akan masak..xkira breakfast, lunch atau diner...hati berbunga2 bila suami tersenyum puas menikmati setiap hidangan ku. ehehe...

Apabila seorang wanita itu taat kepada setiap perintah suaminya yang tidak bertentangan dengan syara', Allah telah menjanjikan syurga untuknya. kalau dilihat pada ayat ini, rasa mudah sangat..kalau semua wanita dikurniakan suami yang alim dan warak, sudah pasti jalan untuk kesyurga itu menjadi sangat mudah. tapi bagaimana agaknya jika dapat suami yang ilmu agamanya suam2 kuku...tambah pulak isterinya yang 100% mengharapkan  bimbingan dr suami..bagaimana nak didik anak2 yang merupakan amanah Allah? Hanya hidayah Allah yang mampu membantu mereka.

okey lah, jam pun da menunjukkan pukul 2.16 pagi. Mata da mula rasa berat, rasanya cukuplah setakat ini perkongsian untuk hari ini..jom sama-sama kita hayati lagu dari afgan. sungguh menyentuh hati. buat rakan2 blog, doakan untuk kebahagian kami..:)